ntahla siapa yang perlu dipersalahkan tapi yang pastinya gaya hidup terkini aku memang agak memeritkan.kerja malam untuk tempoh 6 bulan yang lepas & 4 bulan mendatang dengan masa kerja yang sangat aneh 9pm-8 am,hanya dapat cuti pada hari ahad malam membuatkan sang isteri & anak kecilku sedikit berjauhan.aktiviti futsal & jammin ku terbatas..apapun aku terpaksa menghadapinya.hidup mesti terus..
SESAT DI KUALA LUMPUR
Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup
Terimakasih tuan da nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa
Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala LumpurJalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...
LAGU/LIRIK: M.NASIR
Saturday, March 21, 2009
Wednesday, February 18, 2009
futsal alumtek kali ke 3.

setelah jenuh aku mengumpul ahli skuad khinz untuk bermain untuk TABOO FC akhirnya pada hari tournament berjaya jugak aku mengumpulkan 10 pemain & 4-5 orang pom pom boys yang tak berapa nak comel.skuad TABOO FC diundi sama kumpulan dgn PUCUK FC batch 0304,ULAM FC batch budak sekolah,GBS batch 8990 & abg jamilbatch 8788.perlawanan pertama & ke2 berakhir keputusan sgt mengecewakan dengan kekalahan 1-5,0-2 kepada pucuk & gbs.perlawanan ke 3 menjadi titik tolak kepada TAbOO bila berjaya menewaskan ulam 3-0, & perlwanan terakhir peringkat kumpulan menang 5-0 keatas abg jamil..nasib menyebelahi kita apabila masuk ke separuh akhir walapun mempunyai mata yg sama dgn GBS..atas sbb kelebihan jaringan..
separuh akhir menentang abg kus yg sangat mendebarkan apabila pasukan lawan mengejar pasukan TABOO yg leading 4-o..mujurlah sampai 4-3 perlawanan dah tamat haaha nasib lagi..
perlawanan akhir menyaksikan kami kembali bertemu pucuk fc yg membelasah kami game pertama tadi..ingat nak balas dendam la kononnya hehhee sangkaan kami meleset apabila kami di belasah lagi tapi kali kurang sebijik ja dari first game tadi haha.
apapun kami puas hati la walaupun kalah sbb kita pun ingat dah bungkus awal..terima kasih kepada pemain & penyokong semua..tanpa kalian sapalah TABOO FC aka skuad khinz..xtikl 96
Wednesday, February 11, 2009
HIBERNISASI 3

lama gila aku tak masuk entry baru.bukan takde perkara penting dalam idup yg berlaku kebelakangan ni ni tapi nak mulakan lagkah pertama tu memang saat yg paling sukar.menyaksikan perkembangan keluarga aku sambil meneruskan hidup bekerja dengan orang orang yang keja persis komunis,rsanya terlalu sukar untuk mengmbil sedikit masa untuk menulis.gambar last jamming 31hb jan 09.band all out sampai blow amp bass hahaha hanya kita saja yang tahu.
Sunday, January 4, 2009
Macam Ni Pun Boleh??
Friday, January 2, 2009
Last Nite Session

semalam kami jam setelah beberapa bulan tertangguh akibat komitmen band member.
ketidakhadiran botak menjejaskan permainan bila kami terpaksa tukar tukar main drum apapun session semalam telah menaikkan kembali adrenalin aku yg telah tepu..
setlist.
- serenada-steven and coconut trees
- if the kids are united-sham 69
- anarchy in uk-sex pistols
- we're coming back-acab
- boo hoo-carburetor dung
- no woman no cry-marley
- summer-subculture
- dunia perlumbaan-sweet charity
- stop the madness-ART
- opression-carburetor dung
- racial hatred-acab
- grief-the pilgrims
- jamming-marley
- legalize-republic of brickfields
lagu terkucil.
- welcome to my paradise-steven & coconut trees
- emanisipasi-republic of brickfileds
p/s saja gua ejas gambar bagi blur..sebab aku takde dalam gambar ni sibuk berskankin..
rakyat pisau cukur are-epui(lead/drum),koncoi(bass),botak(drum/lead),manska(second guitar/drum)& yein(pelontar suara) est 1994 @ wasiat studio kompleks wilayah
Wednesday, December 31, 2008
selamat datang 2009!
masuk 2009,genaplah aisy edwarits 1 tahun & kami 30 tahun..kalau congak congak bila dia umur 26 tahun kami umur 55 tahun oklah tu kot dia dah bleh jaga adik adik dia nanti..rasa pantas je masa setahun dulu waktu bila dia mula mula keluar aku tgh mata dia berkelip kelip je tengok aku,mummy,dokter & misi..sekarang...tuhan je yang tahu..apapun tahun 2008 meninggalkan pengalaman yg sangat berharga untuk kami sekeluarga..semoga 2009 dapat kita tempuhi dengan selamat hendakNya.aminn...
p/s gambar diatas masa pre-birthday kat kulim..kesian budak2 tu tak dapat mai kl time birthday aisy jadi kami buat la makan makan sikit..
Wednesday, December 3, 2008
Sekawan Dugong Di A Famosa!
Subscribe to:
Posts (Atom)