Monday, April 28, 2008

Sweet Charity Reunion


15 jun 2008
dewan merdeka pwtc
tiket mahal bebbb
tapi ada high tea sekali..
aku insyaallah pegi tengok pakat pakat nak book satu table dengan brader brader lain....
mungkin reunion terakhir selepas 1996..
line up asal..

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang


tangga kat tepi x-metrojaya sekarang mydin jalan silang yang menjadi tempat bertemunya ahli persatuan pengemis untuk meneruskan aktiviti yang berikutnya..juga menjadi tempat kena pau dengan senior sekolah..
banyak gila memory di sini.masih seperti struktur asal cuma sekarang aku rasa payah gila nak jumpa orang local yang duduk menunggu disini..suma international da.....
Berita kepada kawan-Ebiet
Perjalanan ini Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak dudukDisampingku kawan
Banyak ceritaYang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun Seperti jadi saksi
Gembala kecilMenangis sedih …

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanyaKepada karang
kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diamTetapi semua bisu
Tinggal aku sendiriTerpaku menatap langit
Barangkali di sanaada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kitaYang selalu salah dan banggadengan dosa-dosa
Atau alam mulai engganBersahabat dengan kita
Coba kita bertanya padaRumput yang bergoyang
saja je dah emosi sket..

HQ Persatuan Pengemis


sedang aku jalan semalam aku sempat ambik gambar tempat yang pada aku ada sedikit memory dengan teman teman persatuan pengemis dulu...siapa yang memang ahli memang tahu sangat la pasal hq ni...setiap kali nak p uda ocean nak pekena mee bandung kita akan berenti bertafakur hahaaha..
woi uda ocean punya mee bandung dah takde lagi aku keciwa!

Wednesday, April 23, 2008

IWAN FALS LIVING LEGEND


Iwan Fals seorang reformis yang telah lama berjuang untuk golongan yang tertindas.Sering dengan lagu lagu yang berunsur penyindiran kepada golongan pemerintah diktator Suharto yang terkenal dengan Orde Baru nya.Terus berkarya hingga kini.Aku mula mengumpul karya bila terjumpa cd Bapak Iwan di Tool & Trade Campbell.Aku merasakan musik yang cuba disampaikan terlalu santai tetapi mempunyai maksud yang sangat dalam.
Secara tak sengaja aku dapat CD Manusia Setengah Dewa dari Jaie Sil Khannaz,cd yg sepatutnya untuk member dia tapi last last dapat kat aku..Secara peribadi walaupun aku takde semua koleksi album beliau,aku rasa album ni yang paling ada jiwa..Satu album pakai gitar je tapi aku rasa puas sangat dengan album ni..
Pernah bersama band Swami & Kantata yang sangat radikal dan selalu kena banned pada zaman Suharto.Banyak lagu yang sangat hebat pada aku..
Antara kegemaran aku:
Ngeriku ( Album Manusia Setengah Dewa )
Bersih bersih bersih bersihlah negeriku,
Malu malu malu malulah hati,
Kotornya teramat gawat ya kotornya sangat,
Inilah amanat yang menjadi keramat
Bersih bersih bersih bersihlah diri
Sebelum menyapu sampah dan debu debu
Nyanyian berkarat sampai ke liang lahat
Atas nama rakyat yang berwajah pucat
Negeriku negeri para penipu
Terkenal kesegala penjuru
Tentu saja bagi yang tak tahu malu
Inilah sorga sorganya sorga
Negeriku ngeriku
Busuk busuk busuk busuk bangkai tikus
Yang mati karena dihakimi rakyat
Adakah akhirat menerima dirinya
Adakah disana yang masih bisa bercanda dengan rakus
Negeriku negeri para penipu
Terkenal kesegala penjuru
Tentu saja bagi yang tak tahu malu
Inilah sorga sorganya sorga
Negeriku ngeriku
Bersih bersih bersih bersihlah negeriku

aku rasa lirik dia terlalu touching habis..
banyak lagi lagu yang best tapi nanti la aku tulis lagi..

Monday, April 14, 2008

Sentimental T shirt!


T shirt yang menyimpan kenangan dalam hidup aku.tshirt yang aku beli kat cambell tahun 1994,
merupakan tshirt yang aku pakai waktu p jumpa dengan mummy waktu aku p balik sekolah sains waktu form 4,waktu tu geng sekolah sains suma dah start masuk sekolah balik sedangkan aku masih menunggu keputusan nak masuk sekolah teknik.aku ingat lagi 5 januari 1995 aku jumpa mummy kat tepi pondok jaga dengan tshirt ini dan seluaq jeans biru kaki tahap sapu jalan.macam kutu la pulak dengan tak p sekolahnya.tapi dengan kuasa tuhan kami berjumpa semula dan bersama sampai ke tahap ini dan dikurniakan seorang cahaya mata.huh sentimental betoi.begitulah cerita tshirt pearl jam animal aku yang setakat ni aku tak pernah lagi nampak orang lain pakai.............

PIKO In Memory!

sapa la yang dah merembat kura kura aku yang dah 4 tahun aku bela.kurang ajaq betoi,aku baru ja ingat kalau ada duit sikit nak buat kolam elok sikit kat depa berdua sekarang tinggai piko 2 saja sekoq sekoq tidak berteman kadang kesian aku tgk dia takdak kawan.
satu satunya gambar yang merekordkan kewujudan dia bersama atak.yang lain semua duduk dalam memory saja.

R.I.P PIKO!aku buat andaian yang ada orang dah ambik dia dah juai kat cina untuk dijadikan menu makan tengah malam.........isk isk isjk................

Marhaban & Berendoi!





diserikan dengan kehadiran wan gua yang dah bertahun tahun memencilkan diri kat kg.sudi menyumbangkan 2 buah lagu tradisi yang aku dengar sejak dari kecil lagi.lagu selama 20 minit lebih itu juga membuatkan makcik makcik marhaban bara dan mula berlakon kononnya lagu tu syok.padan muka kami semua bila habih ja wan nyanyi makcik marhaban naik syeikh dan terus nyanyi tak berenti sampai sejam.mummy jenuh dok control ayu.gua mcm biasa cool saja!

Sunday, April 13, 2008

3 Months!



sat ja masa berlalu dah masuk 40 hari dah budak ni berada kat bumi tuhan yang bertuah ni.dan 40 hari jugakla hidup kami yang selama ni sunyisepi dan tenang dikejutkan gelombang seorang yang bernama aisy edwarits.yang heran badan aku ni makin naik pulak sampai 5 kilo.haha

aku kadang kadang terpikir macam mana la orang sanggup pi buang anak tepi longkang.aku tak paham sungguh sungguh apa yang depa pikirkan masa nak tinggalkan baby yang tak berdosa tu.semoga mereka yang berpelakuan tak bermoral itu akan menerima akibat dari kejahilan & kebodohan tahap khinz mereka.

kepada hangpa sayangi anak anda & pasangan anda!

aku dan beruang!


beruang memang semulajadi haiwan pemangsa walupun dia makan madu lebah.waktu gua hulur jari dia start jilat goyang jugak tapi gua pasti anak beruang ini kelaparan mungkin ane yang tukang bagi makan dia mc pada hari tu sebab menyertai hindraf.apapun selamatkan binatang dari pupus,peace!green peace!kacang peas!

Eh macam kenal!



dua mahluk yang telah lama ku kenali kalau ikut tahun dah 13 tahun.gambar ini dirakam semasa mereka berumur 28 & 29 tahun dan salah seorang dari mereka sudah mempunyai anak dan cuba anda bayangkan bila anak dia dah pandai sikit aku akan tunjukkan gambar ni kat dia pasti terharu dan mula menunjukkan aksi seperti diatas.kepada mereka berdua yang berkenaaan gua punya blog gua punya suka!hahaha

Friday, April 11, 2008

Team futsal muntah darah hijau


geng x tikl 96 campur sikit anggota keluarga gua semua geng pecah perut baru main 5 minit dan take five walaupun main tiap bulan tapi masih pancit tahap dewata khinz..masih akan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Koleksi Pokemon


kegilaan sampingan gua time pokemon tengah hangat 8 tahun dulu.tapi banyak gak dah ilang kalau tak dulu complete dengan pokemon gold sekali saja je nak share kot kot ada yang sama interest dengan gua

Gua dan T Shirt



gua mula kumpul tshirt sejak dari zaman sekolah lagi tshirt band pertama yang gua beli waktu form one kat kat kompleks campbell iaitu tshirt skid row tapi gua nak sedekah kat arwah member gua waktu nak pindah sekolah form 4.dan dari itu gua terus mengumpul koleksi gua tak seberapa ni.ada banyak lagi tapi malas aku nak memunggah sbb nanti nak kena lipat balik.merata gak gua beli ada kat bundle,ada kat ebay,ada kat kawan2 dan banyak le sumber lain lagi.ada jugak thirt yang rare tahap nyamuk tiruk tapi nanti la gua senang gua upload kan.kalau ada sapa2 yang nak dpatkannya bolehle try...

Wednesday, April 9, 2008

rakyat pisau cukur

band yang gua join dari form 4 kat tikl 13 tahun lalu.tapi sekejap timbul sekejap tenggelam kerana line up yang asyik tak dapat di kesan untuk tempoh yang sangat panjang.reunion tahun lepas selepas botak berjaya dijumpai setelah lama belayar.line up asal sejak 1995 cuma tambah manska di posisi second gitar setelah join kami sejak dari kat itm lagi,epui pun muncul kembali setelah sibuk dgn band ala ala korn nya nuk..gua dan koncoi masih setia dalam band walaupun beberapa tahun tak jam..
mula merubah genre dari apa yang kami main 13 tahun lalu..dah tua tak relevan dah main rebel rebel ni lagi..hehehe punya lama ada band tapi ada satu demo tu pun gua tak tau sapa je yang masih ada dalam simpanan.harap dapat la record tahun ni.

AISY EDWARITS


setelah dekat 4 tahun gua & semua ahli keluarga menunggu akhirnya kehadiran yang dinanti tiba,bermulalah episod baru kami bertiga.walaupun terkena renjatan budaya tapi kami pelan pelan cekap menguruskan unsur yang bernama aisy edwarits erwan azrin ni...