Wednesday, December 31, 2008

selamat datang 2009!


masuk 2009,genaplah aisy edwarits 1 tahun & kami 30 tahun..kalau congak congak bila dia umur 26 tahun kami umur 55 tahun oklah tu kot dia dah bleh jaga adik adik dia nanti..rasa pantas je masa setahun dulu waktu bila dia mula mula keluar aku tgh mata dia berkelip kelip je tengok aku,mummy,dokter & misi..sekarang...tuhan je yang tahu..apapun tahun 2008 meninggalkan pengalaman yg sangat berharga untuk kami sekeluarga..semoga 2009 dapat kita tempuhi dengan selamat hendakNya.aminn...
p/s gambar diatas masa pre-birthday kat kulim..kesian budak2 tu tak dapat mai kl time birthday aisy jadi kami buat la makan makan sikit..

Wednesday, December 3, 2008

Sekawan Dugong Di A Famosa!


ahad lepas 3ohb november kami 5 sekeluarga telah pegi berkelah di a famosa waterworld melaka.abang besar seawal jam 955am dah sampai ke kawasan berlorek sedangkan ahli lain masih dalam perjalanan.gue & mas doyok tiba jam 1130am & terus mencari tempat berlindung.seterusnya ketibaan beruang kelabu & yb loh.maka berjumpalah sekawan dugong yang dah lama tidak ketemu.lihat foto diatas.aktiviti mandian diselang dengan aktiviti lawak jenaka disamping mengasuh anak yang menyaksikan ibu ibu mengambil peluang keemasan ini untuk membuka topik topik panas terkini mahupun yang udah basi.aktiviti mandi manda tamat jam 4pm & langsung ke stesen transit umah beruang kelabu untuk berehat sebelum makan malam.kami ke medan ikan bakar kuala sg baru untuk makan malam yg menyaksikan dewa makanan telah memilih lauk yg superb untuk malam itu..malangnya keaadaan anak anak yang kepenatan tidak memberi banyak peluang untuk bapak bapak & ibu ibu untuk makan dgn khusuk.kami bersurai jam 9pm & terus bertolak pulang ke kuala lumpur.diharap kita dapat merialisasikan reunion besar kita januari tahun hadapan..........

Monday, November 3, 2008

FIRE!!


sabtu lepas balik dari ambik wife aku p hi tea,aku tgk depan umah aku ada asap tebal & api..isk pada mulanya aku pun ingat macam sikit tapi mengenangkan api makin marak & dekat2 tu ada tnb substation aku pun mulakan operasi memadam api cara primitif..dibantu oleh sorang jiran kami pun menyiram dgn getah paip siram bunga aku..lepas api kat tepi2 dah padam aku pun dgn poyonya tukar pakai safety boot bawak baldi pi padam api yang kat sebelah dalam sikit tak lama dalam 10 mnit selepas tu,bomba pun sampai..dengan ayat memedihkan telinga bomba tu sound aku.."simpanjela baldi tu encik"..dah la lambat sampai basah ketiak aku berpeluh ko sound macam tu hampagas punya budak..tapi sekurang kurangnya aku membantu jugak..kalau korang nampak ada rumah latok dalam gambar ni dia pun kena api gak tapi tak hangus..jeng jeng jeng..ntahla saja nasib dia kot..expose mistik???

Sunday, October 26, 2008

salah siapa?


nak koyak perut aku bila terbaca signage ni...apalala punya tur...tu la akibatnya kalau lepas masuk srjk C,time sekolah menengah dah tak nak sekolah...aku pun tak paham,bahasa melayu pun salah english pun salah ntah2 yang cina ni pun salah....yang company signboard pun sama bangang jugak..
p/s..company ni dekat rumah aku..ini betul betul kejadian!

Sunday, October 12, 2008

Hibernisasi 2...

huh..lama sungguh aku tak update blog ni..memang dah tahap tukun dah ni..dekat 2 bulan..sedangkan hari hari online tapi tak sempat plak nak update.

Saturday, August 30, 2008

merdheka!!

lama aku tak menulis mungkin terlalu asyik dan lalai melihat & mengikuti senario politik semasa yang penuh dgn kegila khinzirannya.hari ini genap 51 tahun negara kita merdeka yang pada peribadinya masih banyak lagi yg kita perlu merdeka.masih ada kuasa ajaib yang sedang meng'puppet' kita..
generasi aku dan lebih muda masih leka dibuai dengan nikmat & syorga dunia yang disajikan didepan mata..
perubahan perlu lahir dari hati yang ikhlas dan tulus
salam merdeka 2008!


Carburetor Dung - Oppression
Oppression Oppression!
"We walked so proud, we walked so free"
I heard you shout
Do all you want,
say all the rage you have inside

Open your eyes,
societySee what we got
You think you're free,
you think you're safe
You know you're not!

Oppression!

What do you read,
what can you see
Between their lines?
What can you do,
what can you say
When you're blind?
Where should we shout,
where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick,
are we so dumb
Just like they want?


Oppression!

We'll raise our voice (no way!)
We'll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We'll criticise (no way!)
We'll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where's our sight, democracy?
You hide the key!
You're blinding me!

Oppression!

Sunday, August 3, 2008

chelsea asian tour!

aku dapat juga perlepasan saat akhir walaupun anak aku tak berapa sihat..aku ke sana dengan abg besar yg isteri yg sedang sarat tunggu hari nak deliver..mujur semua selamat sampai jumaat lepas..


secara amnya game chelsea nampak sangat kontrol & sangat berhati hati,ini digunakan sepenuhnya oleh malaysia yang terus mengasak sejak dari awal tapi sayang finishing tak berapa tepat ..mamat msia amirul hadi tu main ok cuma gugup aku rasa.chelsea first goal by anelka bola thru yg biasa la utk striker macam tu..second goal a. cole yg aku rasa mcm offside..keseluruhannya aku pusa hati cuma management ticket pro yg tak pro langsung jenuh org bertolak tolak nak masuk..
true blue!

Sunday, July 20, 2008

sergeant keroro genso





dah lama aku tak buat action figure nih..tapi hari tu waktu sale j card day aku terjumpa la jadi aku pun beli la dan malam tu bermula la project memasang aku..keroro ni cerita dia layan jugak aku addict sampai tunggu la setiap pagi ahad tak keluar rumah..aku ada source sikit cerita pasal keroro ni...

A comedy originally created by mangaka Mine Yoshizaki, KERORO GUNSO was animated by director Junichi Sato in 2004 and it has become an instant success. The story depicts a platoon of frog-like aliens sent from the planet Keron in attempt to conquer Earth (a.k.a Pekopon). The protagonist, Keroro Gunso (Sergeant), was to lead a team of 4 in this invasion but that plan is quickly put into a halt when he encounter a human family of 3 - the Hinata’s. After his army abandoned his platoon on Earth, Keroro is forced to do meaningless chores for the family as he is being simulated into a member of the Hinata family.
Like many Japanese animated comedies, the series compile of cunning wordplays (with puns and homophones) and physical humor. The biggest difference that sets Keroro Gunso apart from the rest is its uncharacteristically numerous reference to pop culture, particularly its parody to other well-known animation (such as Gundam, Dragon Ball and many others). However most of the references do link to animes that are at their peak of success during the 80’s, which make it hard for some of the younger audiences to understand. Interestingly, only Gundam references are explicit, since Bandai hold both the rights to Keroro Gunso and the Gundam franchise. In many of the parodies, famous scenes would be mimicked from various animes (Evangelion, Slam Dunk, Kamen Rider etc…) deliberately to recreate that same feeling as you would get when watching the the original anime. There is also a moral in almost every episode too, however Keroro Gunso uses the approach of poking fun at the consequences rather then being too direct or cliche. Because of its parodies/references to so many different kinds of anime, Keroro Gunso provides an unprecedented sense that all genres are crossed and meshed together. With that very same reason, the serie itself just seems to reach a more diverse demographic than any other animation has ever done.

Thursday, July 10, 2008



chelsea live in malaysia asian tour 29 hb julai 845 mlm stadium shah alam..tiket rm53,rm83,103...aku rasa duduk yang rm rm83 tu okay jugak kat belah tiang bendera..apapun mesti turun chelski!!!

Friday, June 20, 2008

poe msian true rastaman!


satu hari ditahun lepas tgh aku melayan mypsace terjumpa page poe & reggae malaya..sudah bersembang di alam maya,dia bagitau aku dia skang kat cherating riverside bar show khamis & sabtu malam..malam tu pun aku mengayat bini aku yang tengah mengandung 7 bln time tu pegi cherating kononnya pegi bercuti..dengan gembiranya dia bersetuju..cantek!dalam perjalanan baru aku bagitau dan dia ok..sampai cherating jenuh nak cari chalet sampai le jumpa brader poe dpn chalet dia...sempat sembang sket & mlm tu repeat lagi ..

yang aku nak ceritakan bagaimana seorang brader otai boleh datang time show break & greet kita sambil sembang sembang ini yang aku kagum dgn brader brader otai..bukan dia sorang la ramai gak yang kalau kita jumpa takdela sombong semacam macm budak budak band skang ni berlagak macam bagus bagus...ada jugak la yang ok tapi ramai yang poyo!!

thank you for the music!

Wednesday, June 18, 2008

SWEET CHARITY THE LEGEND!



konsert yang hebat walaupun brader ramli hilang suara..keadaan konsert yang formal macam makan malam membuatkan crowd malu malu dipermulaanya ..

tapi selepas bebrapa ketika crowd mula ke depan termasuk gua yang tak peduli tan sri ,datok2 yang tak nampak...gua dapat berdiri depan stage betul betul kat depan wan ahmad sempat gua snap gambar gadget & juga kaki wan ahmad..untuk pengetahuan wan ahmad pakai kasut baru hahaha konsert punya pasai..aku tak sempat nak ambik gambar semua band member sebab duk enjoy sangat maklumla depan stage..overall show memang 5 star la...braderr rosli goreng sampai terbakar tube marshall penangan gitar hero malaysia..

sweet charity memang legend!!!!!

GODFATHER OF MALAYSIAN ROCK MUSIC!


sebaik saja gua duduk kat table gua time konserrt sweet charity gua ternampak seorang yg sangat familiar sejak dari zaman kecil gua..yee brader aziz bakar tokey box office music yang merupakan organizer kepada semua band rock suatu masa dahulu..takpa berlengah gua pun terus pg dah sembang sikit sebelum konsert..
salute about rock!!!

Tuesday, June 17, 2008

hibernisasi


lama aku tak update blog ni cadangnya tadi nak upload gambar konsert sweet charity hari tu tapi ilang plak dah tak jumpa aku simpan files tu kat mana takpela kejap kejap lagi aku update..sejak minyak naik ni rasa beza sangat perjalanan idup dulu full tank rm 70 skang dah 120 beza la..kepada semua hidup mesti terus.....

Wednesday, June 4, 2008

Aiyakkk Minyak Naik lLagi!

hampeh!haram jadah hehehe reformasi! itu yang terpacul dari mulut aku sepanjang dua jam perjalanan aku nak pi main futsal sebentar tadi dan lebih aneh aku hanya berjaya lepas 4 ke 5 km untuk tempoh masa itu dan aku patah balik balik umah....aku sebenarnya taknak la pk ortodoks sangat pasal minyak naik ni tapi kalau announce awal sikit pun takpa takde la orang hangin macam malam ni merata orang duk memaki sambil nak gaduh sebab jalan jem..kesan kepada aku ialah aku akan ambik lesen moto minggu depan jugak..kepada yg nak join aku ambik lesen terbang jom daftar sekali..
kadang kadang aku ada terpikir nak beli tikar pandan terbang,tapi dimana????

Monday, May 19, 2008

Piknik @ Bagan Lalang



kami ke bagan lalang ahad lepas..ada le 5 family yang join tapi riuh rendah macam kenduri almaklum semua dah ada tanggungan..kelam kabut jugak dibuatnya bila semua anak anak buat perangai pada stu masa..apapun seronok jugak bila dapat bial buat aktiviti outdoor ni..asyik syik futsal je bosan gak..aku rasa boleh kerap lagi buat aktiviti macam ni..kalau futsal tu selalu kita je yang seronok bini2 & anak2 muka tekanan..kalau macam ni diorang pun happy jugak..

Wednesday, May 7, 2008

Resign Lagi!

Tahun 2008 baru menjengah mei tapi aku dah berenti keja 2 kali ...jenuh jugak aku memikirkan betoi ka tindakan aku kali ni dah la sekarang dah ada baby tapi aku yakin aku akan dapat keja setakat ni dah ada dua offer yg boleh aku pilih..mudah mudahan semuanya berjalan lancar..

Monday, April 28, 2008

Sweet Charity Reunion


15 jun 2008
dewan merdeka pwtc
tiket mahal bebbb
tapi ada high tea sekali..
aku insyaallah pegi tengok pakat pakat nak book satu table dengan brader brader lain....
mungkin reunion terakhir selepas 1996..
line up asal..

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang


tangga kat tepi x-metrojaya sekarang mydin jalan silang yang menjadi tempat bertemunya ahli persatuan pengemis untuk meneruskan aktiviti yang berikutnya..juga menjadi tempat kena pau dengan senior sekolah..
banyak gila memory di sini.masih seperti struktur asal cuma sekarang aku rasa payah gila nak jumpa orang local yang duduk menunggu disini..suma international da.....
Berita kepada kawan-Ebiet
Perjalanan ini Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak dudukDisampingku kawan
Banyak ceritaYang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun Seperti jadi saksi
Gembala kecilMenangis sedih …

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanyaKepada karang
kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diamTetapi semua bisu
Tinggal aku sendiriTerpaku menatap langit
Barangkali di sanaada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kitaYang selalu salah dan banggadengan dosa-dosa
Atau alam mulai engganBersahabat dengan kita
Coba kita bertanya padaRumput yang bergoyang
saja je dah emosi sket..

HQ Persatuan Pengemis


sedang aku jalan semalam aku sempat ambik gambar tempat yang pada aku ada sedikit memory dengan teman teman persatuan pengemis dulu...siapa yang memang ahli memang tahu sangat la pasal hq ni...setiap kali nak p uda ocean nak pekena mee bandung kita akan berenti bertafakur hahaaha..
woi uda ocean punya mee bandung dah takde lagi aku keciwa!

Wednesday, April 23, 2008

IWAN FALS LIVING LEGEND


Iwan Fals seorang reformis yang telah lama berjuang untuk golongan yang tertindas.Sering dengan lagu lagu yang berunsur penyindiran kepada golongan pemerintah diktator Suharto yang terkenal dengan Orde Baru nya.Terus berkarya hingga kini.Aku mula mengumpul karya bila terjumpa cd Bapak Iwan di Tool & Trade Campbell.Aku merasakan musik yang cuba disampaikan terlalu santai tetapi mempunyai maksud yang sangat dalam.
Secara tak sengaja aku dapat CD Manusia Setengah Dewa dari Jaie Sil Khannaz,cd yg sepatutnya untuk member dia tapi last last dapat kat aku..Secara peribadi walaupun aku takde semua koleksi album beliau,aku rasa album ni yang paling ada jiwa..Satu album pakai gitar je tapi aku rasa puas sangat dengan album ni..
Pernah bersama band Swami & Kantata yang sangat radikal dan selalu kena banned pada zaman Suharto.Banyak lagu yang sangat hebat pada aku..
Antara kegemaran aku:
Ngeriku ( Album Manusia Setengah Dewa )
Bersih bersih bersih bersihlah negeriku,
Malu malu malu malulah hati,
Kotornya teramat gawat ya kotornya sangat,
Inilah amanat yang menjadi keramat
Bersih bersih bersih bersihlah diri
Sebelum menyapu sampah dan debu debu
Nyanyian berkarat sampai ke liang lahat
Atas nama rakyat yang berwajah pucat
Negeriku negeri para penipu
Terkenal kesegala penjuru
Tentu saja bagi yang tak tahu malu
Inilah sorga sorganya sorga
Negeriku ngeriku
Busuk busuk busuk busuk bangkai tikus
Yang mati karena dihakimi rakyat
Adakah akhirat menerima dirinya
Adakah disana yang masih bisa bercanda dengan rakus
Negeriku negeri para penipu
Terkenal kesegala penjuru
Tentu saja bagi yang tak tahu malu
Inilah sorga sorganya sorga
Negeriku ngeriku
Bersih bersih bersih bersihlah negeriku

aku rasa lirik dia terlalu touching habis..
banyak lagi lagu yang best tapi nanti la aku tulis lagi..

Monday, April 14, 2008

Sentimental T shirt!


T shirt yang menyimpan kenangan dalam hidup aku.tshirt yang aku beli kat cambell tahun 1994,
merupakan tshirt yang aku pakai waktu p jumpa dengan mummy waktu aku p balik sekolah sains waktu form 4,waktu tu geng sekolah sains suma dah start masuk sekolah balik sedangkan aku masih menunggu keputusan nak masuk sekolah teknik.aku ingat lagi 5 januari 1995 aku jumpa mummy kat tepi pondok jaga dengan tshirt ini dan seluaq jeans biru kaki tahap sapu jalan.macam kutu la pulak dengan tak p sekolahnya.tapi dengan kuasa tuhan kami berjumpa semula dan bersama sampai ke tahap ini dan dikurniakan seorang cahaya mata.huh sentimental betoi.begitulah cerita tshirt pearl jam animal aku yang setakat ni aku tak pernah lagi nampak orang lain pakai.............

PIKO In Memory!

sapa la yang dah merembat kura kura aku yang dah 4 tahun aku bela.kurang ajaq betoi,aku baru ja ingat kalau ada duit sikit nak buat kolam elok sikit kat depa berdua sekarang tinggai piko 2 saja sekoq sekoq tidak berteman kadang kesian aku tgk dia takdak kawan.
satu satunya gambar yang merekordkan kewujudan dia bersama atak.yang lain semua duduk dalam memory saja.

R.I.P PIKO!aku buat andaian yang ada orang dah ambik dia dah juai kat cina untuk dijadikan menu makan tengah malam.........isk isk isjk................

Marhaban & Berendoi!





diserikan dengan kehadiran wan gua yang dah bertahun tahun memencilkan diri kat kg.sudi menyumbangkan 2 buah lagu tradisi yang aku dengar sejak dari kecil lagi.lagu selama 20 minit lebih itu juga membuatkan makcik makcik marhaban bara dan mula berlakon kononnya lagu tu syok.padan muka kami semua bila habih ja wan nyanyi makcik marhaban naik syeikh dan terus nyanyi tak berenti sampai sejam.mummy jenuh dok control ayu.gua mcm biasa cool saja!

Sunday, April 13, 2008

3 Months!



sat ja masa berlalu dah masuk 40 hari dah budak ni berada kat bumi tuhan yang bertuah ni.dan 40 hari jugakla hidup kami yang selama ni sunyisepi dan tenang dikejutkan gelombang seorang yang bernama aisy edwarits.yang heran badan aku ni makin naik pulak sampai 5 kilo.haha

aku kadang kadang terpikir macam mana la orang sanggup pi buang anak tepi longkang.aku tak paham sungguh sungguh apa yang depa pikirkan masa nak tinggalkan baby yang tak berdosa tu.semoga mereka yang berpelakuan tak bermoral itu akan menerima akibat dari kejahilan & kebodohan tahap khinz mereka.

kepada hangpa sayangi anak anda & pasangan anda!

aku dan beruang!


beruang memang semulajadi haiwan pemangsa walupun dia makan madu lebah.waktu gua hulur jari dia start jilat goyang jugak tapi gua pasti anak beruang ini kelaparan mungkin ane yang tukang bagi makan dia mc pada hari tu sebab menyertai hindraf.apapun selamatkan binatang dari pupus,peace!green peace!kacang peas!

Eh macam kenal!



dua mahluk yang telah lama ku kenali kalau ikut tahun dah 13 tahun.gambar ini dirakam semasa mereka berumur 28 & 29 tahun dan salah seorang dari mereka sudah mempunyai anak dan cuba anda bayangkan bila anak dia dah pandai sikit aku akan tunjukkan gambar ni kat dia pasti terharu dan mula menunjukkan aksi seperti diatas.kepada mereka berdua yang berkenaaan gua punya blog gua punya suka!hahaha

Friday, April 11, 2008

Team futsal muntah darah hijau


geng x tikl 96 campur sikit anggota keluarga gua semua geng pecah perut baru main 5 minit dan take five walaupun main tiap bulan tapi masih pancit tahap dewata khinz..masih akan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Koleksi Pokemon


kegilaan sampingan gua time pokemon tengah hangat 8 tahun dulu.tapi banyak gak dah ilang kalau tak dulu complete dengan pokemon gold sekali saja je nak share kot kot ada yang sama interest dengan gua

Gua dan T Shirt



gua mula kumpul tshirt sejak dari zaman sekolah lagi tshirt band pertama yang gua beli waktu form one kat kat kompleks campbell iaitu tshirt skid row tapi gua nak sedekah kat arwah member gua waktu nak pindah sekolah form 4.dan dari itu gua terus mengumpul koleksi gua tak seberapa ni.ada banyak lagi tapi malas aku nak memunggah sbb nanti nak kena lipat balik.merata gak gua beli ada kat bundle,ada kat ebay,ada kat kawan2 dan banyak le sumber lain lagi.ada jugak thirt yang rare tahap nyamuk tiruk tapi nanti la gua senang gua upload kan.kalau ada sapa2 yang nak dpatkannya bolehle try...

Wednesday, April 9, 2008

rakyat pisau cukur

band yang gua join dari form 4 kat tikl 13 tahun lalu.tapi sekejap timbul sekejap tenggelam kerana line up yang asyik tak dapat di kesan untuk tempoh yang sangat panjang.reunion tahun lepas selepas botak berjaya dijumpai setelah lama belayar.line up asal sejak 1995 cuma tambah manska di posisi second gitar setelah join kami sejak dari kat itm lagi,epui pun muncul kembali setelah sibuk dgn band ala ala korn nya nuk..gua dan koncoi masih setia dalam band walaupun beberapa tahun tak jam..
mula merubah genre dari apa yang kami main 13 tahun lalu..dah tua tak relevan dah main rebel rebel ni lagi..hehehe punya lama ada band tapi ada satu demo tu pun gua tak tau sapa je yang masih ada dalam simpanan.harap dapat la record tahun ni.

AISY EDWARITS


setelah dekat 4 tahun gua & semua ahli keluarga menunggu akhirnya kehadiran yang dinanti tiba,bermulalah episod baru kami bertiga.walaupun terkena renjatan budaya tapi kami pelan pelan cekap menguruskan unsur yang bernama aisy edwarits erwan azrin ni...