Thursday, August 20, 2009

stop the madness!

lama jugak akhirnya dapat juga kami bergoyang setelah berbulan bulan lamanya..ketiadaan botak yang selalu berlayar & kesibukkan ahli kugiran lain membataskan aktiviti kegemaran ni..namun kami bergoyang juga ahad lepas tanpa kehadiran botak...kehdiran jalo selaku juruphoto yg terer telah memberikan shot shot terbaik sesi berjalan dengan lancar & memberi kesan kehilangan suara disamping kepala penin & telinga bingit...
syabas beta...

Friday, July 17, 2009

Berakhirnya Kekusutan..


setelah beberapa lama aku disini akhirnya selepas siap west wing aku resigned lagi..hahaa..mungkin aku pun merasakan kerja ni memang sangat memberikan masalah kepada aku sekeluarga,dengan masa kerja yang sangat aneh aku menempuhnya juga untuk jangka masa setahun..tapi hari ini aku bebas..macam mel gibson dlm brave heart..FREEEEEEEDOOMMMMMMMMMMMM!!!

Thursday, May 28, 2009

MENCARI KELUARGA BARU YANG BAIK


sepasang arnab yang baik kirimaru & shinbei berumur 2 tahun mencari keluarga baru.tiada yuran & penghantaran percuma.kedua keduanya sihat & manja.sila hubungi saya segera sebelum mereka dihantar ke SPCA

Wednesday, May 27, 2009

KAMI!

gambar candid sewaktu anak & ayah sedang beradu..sila cari 5 persamaan kami berdua..

1.
2.
3.
4.
5.

Thursday, April 30, 2009

HARI INI MILIK KAMU!

kaum buruh,

hari ini hari kebesaranmu,
selepas setahun keringat mu diperah,
semata mata untuk pembanggunan,
yang memang tiada kena mengena dengan hidup kamu,
demi satu kong atau dua kong yang kamu perlukan,
untuk menyara kehidupan kamu & keluarga kamu.

kaum buruh,

hari ini kamu bergembiralah,
pakaikan badanmu dengan pakaian yang cantek,
berpusu pusulah kamu naik bas ke kota,
berkumpul di chow kit,kotaraya & jalan silang,
berjumpa teman teman yang lama & baru,
singgah juga di maidin membeli vcd player,
singgah juga di kedai nepal di kiri kanan membeli cd popular artis negaramu.
bergembiralah kamu dengan hari besar ini.

kaum buruh,

tapi jangan kamu lupa,
disini bukan nepal,disini bukan jogya,disini bukan dhaka,disini bukan kerala,
disini MALAYSIA.
hormati hari ini & dimana kamu berdiri,
jangan kotorkan dengan darah kamu,jangan kotorkan dengan sireh yang kamu cretkan,
jangan kamu kotorkan bila ditangkap di hotel ayam murah di brickfiels atau di jln petaling,

kaum buruh,

seperti kamu aku mengerti,
apa yang kamu inginkan,
bergumbiralah hari ini,
kerana hari ini milik kita..


kuyein
1 mei 09
ditujukan kepada bangla & myanmarku..

Thursday, April 2, 2009

Back to Primitive!


setelah bertahun tahun,akhirnya aku dapat kembali ke rambut kegemaranku.terima kasih kepada isteri tersayang..kamu sangat memahami gue.. ..iyahoo..

Saturday, March 21, 2009

ARGHHHH!!!

ntahla siapa yang perlu dipersalahkan tapi yang pastinya gaya hidup terkini aku memang agak memeritkan.kerja malam untuk tempoh 6 bulan yang lepas & 4 bulan mendatang dengan masa kerja yang sangat aneh 9pm-8 am,hanya dapat cuti pada hari ahad malam membuatkan sang isteri & anak kecilku sedikit berjauhan.aktiviti futsal & jammin ku terbatas..apapun aku terpaksa menghadapinya.hidup mesti terus..


SESAT DI KUALA LUMPUR

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terimakasih tuan da nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala LumpurJalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...

LAGU/LIRIK: M.NASIR

Wednesday, February 18, 2009

futsal alumtek kali ke 3.


setelah jenuh aku mengumpul ahli skuad khinz untuk bermain untuk TABOO FC akhirnya pada hari tournament berjaya jugak aku mengumpulkan 10 pemain & 4-5 orang pom pom boys yang tak berapa nak comel.skuad TABOO FC diundi sama kumpulan dgn PUCUK FC batch 0304,ULAM FC batch budak sekolah,GBS batch 8990 & abg jamilbatch 8788.perlawanan pertama & ke2 berakhir keputusan sgt mengecewakan dengan kekalahan 1-5,0-2 kepada pucuk & gbs.perlawanan ke 3 menjadi titik tolak kepada TAbOO bila berjaya menewaskan ulam 3-0, & perlwanan terakhir peringkat kumpulan menang 5-0 keatas abg jamil..nasib menyebelahi kita apabila masuk ke separuh akhir walapun mempunyai mata yg sama dgn GBS..atas sbb kelebihan jaringan..

separuh akhir menentang abg kus yg sangat mendebarkan apabila pasukan lawan mengejar pasukan TABOO yg leading 4-o..mujurlah sampai 4-3 perlawanan dah tamat haaha nasib lagi..

perlawanan akhir menyaksikan kami kembali bertemu pucuk fc yg membelasah kami game pertama tadi..ingat nak balas dendam la kononnya hehhee sangkaan kami meleset apabila kami di belasah lagi tapi kali kurang sebijik ja dari first game tadi haha.

apapun kami puas hati la walaupun kalah sbb kita pun ingat dah bungkus awal..terima kasih kepada pemain & penyokong semua..tanpa kalian sapalah TABOO FC aka skuad khinz..xtikl 96

Wednesday, February 11, 2009

HIBERNISASI 3


lama gila aku tak masuk entry baru.bukan takde perkara penting dalam idup yg berlaku kebelakangan ni ni tapi nak mulakan lagkah pertama tu memang saat yg paling sukar.menyaksikan perkembangan keluarga aku sambil meneruskan hidup bekerja dengan orang orang yang keja persis komunis,rsanya terlalu sukar untuk mengmbil sedikit masa untuk menulis.gambar last jamming 31hb jan 09.band all out sampai blow amp bass hahaha hanya kita saja yang tahu.



Sunday, January 4, 2009

Macam Ni Pun Boleh??

aku terjumpa gambar ni yg aku snap tahun lepas kat area legendary jalan silang..ini signboard untuk restoran nepalese.siap bubuh gambar pisau lagi..kalau ye pun ada masakan yg dipotong dengan pisau takkan le gambar pisau ngeri gue..apapun jalan silang memang dah berubah menjadi tempat pertemuan/transit masyarakat antarabangsa.pertemuan mat bangla & cewek indo,nepal & vietnam,maid filipino cari bangla & seangkatannya

Friday, January 2, 2009

Last Nite Session



semalam kami jam setelah beberapa bulan tertangguh akibat komitmen band member.
ketidakhadiran botak menjejaskan permainan bila kami terpaksa tukar tukar main drum apapun session semalam telah menaikkan kembali adrenalin aku yg telah tepu..

setlist.
  • serenada-steven and coconut trees
  • if the kids are united-sham 69
  • anarchy in uk-sex pistols
  • we're coming back-acab
  • boo hoo-carburetor dung
  • no woman no cry-marley
  • summer-subculture
  • dunia perlumbaan-sweet charity
  • stop the madness-ART
  • opression-carburetor dung
  • racial hatred-acab
  • grief-the pilgrims
  • jamming-marley
  • legalize-republic of brickfields

lagu terkucil.

  • welcome to my paradise-steven & coconut trees
  • emanisipasi-republic of brickfileds

p/s saja gua ejas gambar bagi blur..sebab aku takde dalam gambar ni sibuk berskankin..

rakyat pisau cukur are-epui(lead/drum),koncoi(bass),botak(drum/lead),manska(second guitar/drum)& yein(pelontar suara) est 1994 @ wasiat studio kompleks wilayah