Wednesday, December 31, 2008

selamat datang 2009!


masuk 2009,genaplah aisy edwarits 1 tahun & kami 30 tahun..kalau congak congak bila dia umur 26 tahun kami umur 55 tahun oklah tu kot dia dah bleh jaga adik adik dia nanti..rasa pantas je masa setahun dulu waktu bila dia mula mula keluar aku tgh mata dia berkelip kelip je tengok aku,mummy,dokter & misi..sekarang...tuhan je yang tahu..apapun tahun 2008 meninggalkan pengalaman yg sangat berharga untuk kami sekeluarga..semoga 2009 dapat kita tempuhi dengan selamat hendakNya.aminn...
p/s gambar diatas masa pre-birthday kat kulim..kesian budak2 tu tak dapat mai kl time birthday aisy jadi kami buat la makan makan sikit..

Wednesday, December 3, 2008

Sekawan Dugong Di A Famosa!


ahad lepas 3ohb november kami 5 sekeluarga telah pegi berkelah di a famosa waterworld melaka.abang besar seawal jam 955am dah sampai ke kawasan berlorek sedangkan ahli lain masih dalam perjalanan.gue & mas doyok tiba jam 1130am & terus mencari tempat berlindung.seterusnya ketibaan beruang kelabu & yb loh.maka berjumpalah sekawan dugong yang dah lama tidak ketemu.lihat foto diatas.aktiviti mandian diselang dengan aktiviti lawak jenaka disamping mengasuh anak yang menyaksikan ibu ibu mengambil peluang keemasan ini untuk membuka topik topik panas terkini mahupun yang udah basi.aktiviti mandi manda tamat jam 4pm & langsung ke stesen transit umah beruang kelabu untuk berehat sebelum makan malam.kami ke medan ikan bakar kuala sg baru untuk makan malam yg menyaksikan dewa makanan telah memilih lauk yg superb untuk malam itu..malangnya keaadaan anak anak yang kepenatan tidak memberi banyak peluang untuk bapak bapak & ibu ibu untuk makan dgn khusuk.kami bersurai jam 9pm & terus bertolak pulang ke kuala lumpur.diharap kita dapat merialisasikan reunion besar kita januari tahun hadapan..........

Monday, November 3, 2008

FIRE!!


sabtu lepas balik dari ambik wife aku p hi tea,aku tgk depan umah aku ada asap tebal & api..isk pada mulanya aku pun ingat macam sikit tapi mengenangkan api makin marak & dekat2 tu ada tnb substation aku pun mulakan operasi memadam api cara primitif..dibantu oleh sorang jiran kami pun menyiram dgn getah paip siram bunga aku..lepas api kat tepi2 dah padam aku pun dgn poyonya tukar pakai safety boot bawak baldi pi padam api yang kat sebelah dalam sikit tak lama dalam 10 mnit selepas tu,bomba pun sampai..dengan ayat memedihkan telinga bomba tu sound aku.."simpanjela baldi tu encik"..dah la lambat sampai basah ketiak aku berpeluh ko sound macam tu hampagas punya budak..tapi sekurang kurangnya aku membantu jugak..kalau korang nampak ada rumah latok dalam gambar ni dia pun kena api gak tapi tak hangus..jeng jeng jeng..ntahla saja nasib dia kot..expose mistik???

Sunday, October 26, 2008

salah siapa?


nak koyak perut aku bila terbaca signage ni...apalala punya tur...tu la akibatnya kalau lepas masuk srjk C,time sekolah menengah dah tak nak sekolah...aku pun tak paham,bahasa melayu pun salah english pun salah ntah2 yang cina ni pun salah....yang company signboard pun sama bangang jugak..
p/s..company ni dekat rumah aku..ini betul betul kejadian!

Sunday, October 12, 2008

Hibernisasi 2...

huh..lama sungguh aku tak update blog ni..memang dah tahap tukun dah ni..dekat 2 bulan..sedangkan hari hari online tapi tak sempat plak nak update.

Saturday, August 30, 2008

merdheka!!

lama aku tak menulis mungkin terlalu asyik dan lalai melihat & mengikuti senario politik semasa yang penuh dgn kegila khinzirannya.hari ini genap 51 tahun negara kita merdeka yang pada peribadinya masih banyak lagi yg kita perlu merdeka.masih ada kuasa ajaib yang sedang meng'puppet' kita..
generasi aku dan lebih muda masih leka dibuai dengan nikmat & syorga dunia yang disajikan didepan mata..
perubahan perlu lahir dari hati yang ikhlas dan tulus
salam merdeka 2008!


Carburetor Dung - Oppression
Oppression Oppression!
"We walked so proud, we walked so free"
I heard you shout
Do all you want,
say all the rage you have inside

Open your eyes,
societySee what we got
You think you're free,
you think you're safe
You know you're not!

Oppression!

What do you read,
what can you see
Between their lines?
What can you do,
what can you say
When you're blind?
Where should we shout,
where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick,
are we so dumb
Just like they want?


Oppression!

We'll raise our voice (no way!)
We'll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We'll criticise (no way!)
We'll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where's our sight, democracy?
You hide the key!
You're blinding me!

Oppression!

Sunday, August 3, 2008

chelsea asian tour!

aku dapat juga perlepasan saat akhir walaupun anak aku tak berapa sihat..aku ke sana dengan abg besar yg isteri yg sedang sarat tunggu hari nak deliver..mujur semua selamat sampai jumaat lepas..


secara amnya game chelsea nampak sangat kontrol & sangat berhati hati,ini digunakan sepenuhnya oleh malaysia yang terus mengasak sejak dari awal tapi sayang finishing tak berapa tepat ..mamat msia amirul hadi tu main ok cuma gugup aku rasa.chelsea first goal by anelka bola thru yg biasa la utk striker macam tu..second goal a. cole yg aku rasa mcm offside..keseluruhannya aku pusa hati cuma management ticket pro yg tak pro langsung jenuh org bertolak tolak nak masuk..
true blue!