Thursday, April 30, 2009

HARI INI MILIK KAMU!

kaum buruh,

hari ini hari kebesaranmu,
selepas setahun keringat mu diperah,
semata mata untuk pembanggunan,
yang memang tiada kena mengena dengan hidup kamu,
demi satu kong atau dua kong yang kamu perlukan,
untuk menyara kehidupan kamu & keluarga kamu.

kaum buruh,

hari ini kamu bergembiralah,
pakaikan badanmu dengan pakaian yang cantek,
berpusu pusulah kamu naik bas ke kota,
berkumpul di chow kit,kotaraya & jalan silang,
berjumpa teman teman yang lama & baru,
singgah juga di maidin membeli vcd player,
singgah juga di kedai nepal di kiri kanan membeli cd popular artis negaramu.
bergembiralah kamu dengan hari besar ini.

kaum buruh,

tapi jangan kamu lupa,
disini bukan nepal,disini bukan jogya,disini bukan dhaka,disini bukan kerala,
disini MALAYSIA.
hormati hari ini & dimana kamu berdiri,
jangan kotorkan dengan darah kamu,jangan kotorkan dengan sireh yang kamu cretkan,
jangan kamu kotorkan bila ditangkap di hotel ayam murah di brickfiels atau di jln petaling,

kaum buruh,

seperti kamu aku mengerti,
apa yang kamu inginkan,
bergumbiralah hari ini,
kerana hari ini milik kita..


kuyein
1 mei 09
ditujukan kepada bangla & myanmarku..

1 comment:

Rohazam Bin Bakar said...

Steady la bos, tapi yang menjadi milik mereka hanyalah waktu terluang sebab tidak akan sama bercuti di bumi sendiri dan di tempat orang. Keluar cuti pun takut2 kena pow takpun takut kena spotcek imegresen......